PENTINGNYA MENUTUP AURAT
Pengurusan dalam Islam
Sunday, 18 October 2015
Sunday, 4 October 2015
Saturday, 3 October 2015
Majikan tidak menghormati agama lain .
Laporan BERITA HARIAN bertarikh 1 Julai 2013 mendedahkan
terdapatnya sesetengah syarikat yang didakwa telah mengamalkan diskriminasi
terhadap wanita islam dengan meletakkan syarat perlu membuka tudung dan memakai
skirt sekiranya wanita tersebut ingin bekerja di syarikat tersebut .
Hal ini sangat
tidak wajar berlaku di Negara kita . Sikap sesetengah majikan ini menggambarkan
ketidak perihatinan mereka terhadap dasar perlembagaan Negara iaitu dengan cara
:
i. Tidak menghormati hak asasi umat islam dengan
mengamalkan diskriminasi agama dalam isu ini . Majikan tidak wajar menghalang
seseorang daripada mempraktikkan tuntutan agamanya iaitu bertudung dan menutup
aurat kerana ia merupakan tuntutan agama yang wajib diamalkan oleh wanita islam
.Apatah lagi dalam perlembagaan jelas menunjukkan bahawa setiap individu
mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing .
ii.
Tidak menjaga sensitiviti umat Islam . Majikan
seolah-olah tidak mengambil kira apakah tuntutan agama ke atas penganutnya yang
perlu mereka ketahui demi menjaga perpaduan bangsa dan agama serta nilai-nilai
budaya yang wajar dihormati .
iii.
Tidak menghormati agama islam sebagai agama
persekutuan . Majikan seharusnya menghormati , menerima serta mengiktiraf agama
islam sebagai agama persekutuan di Negara ini .
Amat tidak wajar majikan meletakkan syarat yang jelas bertentangan
dengan agama islam sebagai agama persekutuan .
Tindakan sesetengah syarikat dan majikan dapat ditafsirkan
sebagai mencabar Perlembagaan Negara ini . Malah , mereka juga tidak peka
kepada nilai-nilai moral yang terkandung di dalam perlembagaan Negara ini
. Nilai-nilai moral dan saling hormat
menghormati dalam mengamalkan budaya dan hak beragama adalah sesuatu yang perlu
difahami bersama .
Islam telah meletakkan 5 maqasid syarak atau objektif syarak
dalam melaksanakan keperluan dunia dan agama , di antaranya memelihara maruah
dan keturunan.
Bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan wanita
Islam untuk menjaga agama , maruah dan keturunannya . Satu kesilapan sekiranya
majikan merasakan bertudung ini akan mengurangkan produktiviti kerja mereka .
Majikan seharusnya sedar bahawa mereka juga bekerja dan mendapat permit serta
keizinan kerana hak mereka sebagai rakyat di Negara ini . Tidak wajar bagi
mereka untuk meletakkan syarat membuka tudung dan memakan skirt untuk bekerja
di tempat mereka kerana ia bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam
perlembagaan Negara iaitu mengamalkan tuntutan agama masing-masing .
cara menjaga diri dan maruah
Maksud menjaga kehormatan diri ialah menjaga diri daripada tercemar oleh perbuatan perbuatan yang dilarang oleh islam .
Pakaian menutup aurat , tidak ketat dan tidak
jarang .
Pakaian kemas dan bersih .
Tiada diragui dengan pakaian yang ada lambing
yang diharamkan .
Pakaian sesuai mengikut jantina .
Yakin bersih dan hasil yang halal.
Pakaian mengikut peraturan syarat .
Member salam ketika bertemu .
Jaga adab & hokum syarak dalam pergaulan
Hormat menghormati .
Ehsan dan kasih saying dan beramah mesra .
Bertukar – tukar pendapat dan idea.
Menjaga rahsia & keaiban orang lain .
Amalkan pentingkan sahabat dari yang lain tetapi
keluarga harus diutamakan .
Menepati janji yang baik .
Bercakap dengan perkataan yang baik .
Lemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan .
Percakapan dengan nada yang menyenangkan .
Bercakap yang ada faedah .
Bercakap kepada perkara kemajuan dan relevan .
Bercakap benar tentang sesuatu yang diketuhai .
Orang bercakap jangan menyampuk .
Kehidupan diberkati kerana petunjuk ALLAH .
Mendapat pahala dan hidayah .
Disayangi , disegani oleh rakan dan masyarakat .
Membendung kejadian jenayah yang makin
berleluasa .
Negara akan aman dan tenteram .
Lahir masyarakat yang berakhlak .
Hidup tidak berkat dan jauh dari ehsan dan
petunjuk ALLAH .
Balasan dosa kerana melanggar syarat ALLAH .
Dipulau oleh masyarakat .
Mendorong berlakunya kes jenayah
Lahir masyarakat yang kucar – kacir .
Masyarakat sekeliling akan memandang rendah terhadap individu tersebut
Hilang keberkatan hidup .
Hapusnya akhlak dan moral dalam setiap diri
individu .`
CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH
I. CARA PEMAKAIAN

II.CARA PERGAULAN

III.CARA PERCAKAPAN

HIKMAH
MENJAGA DIRI DAN MARUAH

AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH

Saturday, 26 September 2015
Menjaga Maruah dan Keturunan
Islam agama yang indah,
lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat . Setiap persoalan dalam kehidupan
di dunia ini telah Islam sediakan dengan garis panduan, peraturan dan
penyelesaiannya supaya manusia menjalani kehidupan dengan sejahtera.
Antaranya ialah persoalan seks.
Apabila berbicara mengenai seks, Islam menganjurkan umatnya bertanya segala masalah kepada orang yang lebih alim . Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya Rasulullah SAW dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui.
Tambahan pula persoalan seks amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu daripada enam perkara asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat selain agama, harta, nyawa, akal dan keturunan . Pengabaian persoalan seks dikatakan antara faktor menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat kini.
Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa secara khususnya ketika mendidik anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT . Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya . Dengan nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan.
Sehubungan itu, Islam tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik nafsu syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan diredai Allah.
Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah tangga yang bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah . Dari institusi kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung keturunan untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menurut perspektif
Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan akhlak yang didasari asas
iman . Contoh, seorang Muslim yang
beriman tidak akan menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau
melakukan seks bebas, berkhalwat dan sebagainya . Pendek kata, iman bertindak sebagai perisai utuh
menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah . Sebaliknya iman tohor menyebabkan mereka bertuhankan
hawa nafsunya dan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan kehendak
hawa nafsunya.
Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian
aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan
kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain . Bagi
lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut . Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak
tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang
mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab
yang dibenarkan syarak.
Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah kepada gejala terlarang.
Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah kepada gejala terlarang.
Seterusnya, Islam
memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak mereka apabila sampai masa
dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan anak perempuan.Ini
berdasarkan hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka."
(HR Tirmizi dan Abu Daud)

Selain itu, anak
sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar rumah. Ibu bapa perlu
mendidik mereka sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu
meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:
"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin."
(Surah al-Nur: 59)
Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks dan sebagainya.
Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah SWT dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka.
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah al-Nur: 31)
Anak juga hendaklah diajar
jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak berdua-duaan dengan
yang bukan mahram . Bergaul bebas antara
mukadimah zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan untuk
menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:
"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin."
(Surah al-Nur: 59)
Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks dan sebagainya.
Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah SWT dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka.
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah al-Nur: 31)
Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaik-baiknya untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.
Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka membawa haluan hidup masing-masing maka ibu bapa perlu menerangkan etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam . Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi . Sejarah membuktikan, pengetahuan manusia semata-mata tidak mampu membendung dan mendidik seks tanpa petunjuk Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)