Saturday, 3 October 2015

Majikan tidak menghormati agama lain .


Laporan BERITA HARIAN bertarikh 1 Julai 2013 mendedahkan terdapatnya sesetengah syarikat yang didakwa telah mengamalkan diskriminasi terhadap wanita islam dengan meletakkan syarat perlu membuka tudung dan memakai skirt sekiranya wanita tersebut ingin bekerja di syarikat tersebut .
   Hal ini sangat tidak wajar berlaku di Negara kita . Sikap sesetengah majikan ini menggambarkan ketidak perihatinan mereka terhadap dasar perlembagaan Negara iaitu dengan cara :
         i.            Tidak menghormati hak asasi umat islam dengan mengamalkan diskriminasi agama dalam isu ini . Majikan tidak wajar menghalang seseorang daripada mempraktikkan tuntutan agamanya iaitu bertudung dan menutup aurat kerana ia merupakan tuntutan agama yang wajib diamalkan oleh wanita islam .Apatah lagi dalam perlembagaan jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing .
       ii.            Tidak menjaga sensitiviti umat Islam . Majikan seolah-olah tidak mengambil kira apakah tuntutan agama ke atas penganutnya yang perlu mereka ketahui demi menjaga perpaduan bangsa dan agama serta nilai-nilai budaya yang wajar dihormati .
      iii.            Tidak menghormati agama islam sebagai agama persekutuan . Majikan seharusnya menghormati , menerima serta mengiktiraf agama islam sebagai agama persekutuan di Negara ini .  Amat tidak wajar majikan meletakkan syarat yang jelas bertentangan dengan agama islam sebagai agama persekutuan .
Tindakan sesetengah syarikat dan majikan dapat ditafsirkan sebagai mencabar Perlembagaan Negara ini . Malah , mereka juga tidak peka kepada nilai-nilai moral yang terkandung di dalam perlembagaan Negara ini .  Nilai-nilai moral dan saling hormat menghormati dalam mengamalkan budaya dan hak beragama adalah sesuatu yang perlu difahami bersama .
Islam telah meletakkan 5 maqasid syarak atau objektif syarak dalam melaksanakan keperluan dunia dan agama , di antaranya memelihara maruah dan keturunan.
Bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan wanita Islam untuk menjaga agama , maruah dan keturunannya . Satu kesilapan sekiranya majikan merasakan bertudung ini akan mengurangkan produktiviti kerja mereka . Majikan seharusnya sedar bahawa mereka juga bekerja dan mendapat permit serta keizinan kerana hak mereka sebagai rakyat di Negara ini . Tidak wajar bagi mereka untuk meletakkan syarat membuka tudung dan memakan skirt untuk bekerja di tempat mereka kerana ia bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaan Negara iaitu mengamalkan tuntutan agama masing-masing .

No comments:

Post a Comment