Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik; roh, jasad, akal, istiqamah dan segala yang wujud pada diri manusia yang memungkinkan manusia menjadi khalifah di dunia. Berdasarkan kepada kelebihan itu, manusia wajib menjaga dan memelihara keturunan mereka agar keistimewaan dan kurniaan tersebut tidak tercemar dan ternoda. Keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh manusia seharusnya dipertanggungjawabkan supaya harga diri dan maruah mereka dijaga dan dikawal. Sesiapa pun tidak boleh menodai dan menurunkan taraf manusia ke lembah yang hina. Sekiranya kehormatan dan kurniaan itu tidak dijaga dan dihargai maka manusia turun taraf dan kedudukannya lebih rendah daripada makhluk Allah yang lain. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud :
No comments:
Post a Comment