PENTINGNYA MENUTUP AURAT
Sunday, 18 October 2015
Sunday, 4 October 2015
Saturday, 3 October 2015
Majikan tidak menghormati agama lain .
Laporan BERITA HARIAN bertarikh 1 Julai 2013 mendedahkan
terdapatnya sesetengah syarikat yang didakwa telah mengamalkan diskriminasi
terhadap wanita islam dengan meletakkan syarat perlu membuka tudung dan memakai
skirt sekiranya wanita tersebut ingin bekerja di syarikat tersebut .
Hal ini sangat
tidak wajar berlaku di Negara kita . Sikap sesetengah majikan ini menggambarkan
ketidak perihatinan mereka terhadap dasar perlembagaan Negara iaitu dengan cara
:
i. Tidak menghormati hak asasi umat islam dengan
mengamalkan diskriminasi agama dalam isu ini . Majikan tidak wajar menghalang
seseorang daripada mempraktikkan tuntutan agamanya iaitu bertudung dan menutup
aurat kerana ia merupakan tuntutan agama yang wajib diamalkan oleh wanita islam
.Apatah lagi dalam perlembagaan jelas menunjukkan bahawa setiap individu
mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing .
ii.
Tidak menjaga sensitiviti umat Islam . Majikan
seolah-olah tidak mengambil kira apakah tuntutan agama ke atas penganutnya yang
perlu mereka ketahui demi menjaga perpaduan bangsa dan agama serta nilai-nilai
budaya yang wajar dihormati .
iii.
Tidak menghormati agama islam sebagai agama
persekutuan . Majikan seharusnya menghormati , menerima serta mengiktiraf agama
islam sebagai agama persekutuan di Negara ini .
Amat tidak wajar majikan meletakkan syarat yang jelas bertentangan
dengan agama islam sebagai agama persekutuan .
Tindakan sesetengah syarikat dan majikan dapat ditafsirkan
sebagai mencabar Perlembagaan Negara ini . Malah , mereka juga tidak peka
kepada nilai-nilai moral yang terkandung di dalam perlembagaan Negara ini
. Nilai-nilai moral dan saling hormat
menghormati dalam mengamalkan budaya dan hak beragama adalah sesuatu yang perlu
difahami bersama .
Islam telah meletakkan 5 maqasid syarak atau objektif syarak
dalam melaksanakan keperluan dunia dan agama , di antaranya memelihara maruah
dan keturunan.
Bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan wanita
Islam untuk menjaga agama , maruah dan keturunannya . Satu kesilapan sekiranya
majikan merasakan bertudung ini akan mengurangkan produktiviti kerja mereka .
Majikan seharusnya sedar bahawa mereka juga bekerja dan mendapat permit serta
keizinan kerana hak mereka sebagai rakyat di Negara ini . Tidak wajar bagi
mereka untuk meletakkan syarat membuka tudung dan memakan skirt untuk bekerja
di tempat mereka kerana ia bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam
perlembagaan Negara iaitu mengamalkan tuntutan agama masing-masing .
cara menjaga diri dan maruah
Maksud menjaga kehormatan diri ialah menjaga diri daripada tercemar oleh perbuatan perbuatan yang dilarang oleh islam .
Pakaian menutup aurat , tidak ketat dan tidak
jarang .
Pakaian kemas dan bersih .
Tiada diragui dengan pakaian yang ada lambing
yang diharamkan .
Pakaian sesuai mengikut jantina .
Yakin bersih dan hasil yang halal.
Pakaian mengikut peraturan syarat .
Member salam ketika bertemu .
Jaga adab & hokum syarak dalam pergaulan
Hormat menghormati .
Ehsan dan kasih saying dan beramah mesra .
Bertukar – tukar pendapat dan idea.
Menjaga rahsia & keaiban orang lain .
Amalkan pentingkan sahabat dari yang lain tetapi
keluarga harus diutamakan .
Menepati janji yang baik .
Bercakap dengan perkataan yang baik .
Lemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan .
Percakapan dengan nada yang menyenangkan .
Bercakap yang ada faedah .
Bercakap kepada perkara kemajuan dan relevan .
Bercakap benar tentang sesuatu yang diketuhai .
Orang bercakap jangan menyampuk .
Kehidupan diberkati kerana petunjuk ALLAH .
Mendapat pahala dan hidayah .
Disayangi , disegani oleh rakan dan masyarakat .
Membendung kejadian jenayah yang makin
berleluasa .
Negara akan aman dan tenteram .
Lahir masyarakat yang berakhlak .
Hidup tidak berkat dan jauh dari ehsan dan
petunjuk ALLAH .
Balasan dosa kerana melanggar syarat ALLAH .
Dipulau oleh masyarakat .
Mendorong berlakunya kes jenayah
Lahir masyarakat yang kucar – kacir .
Masyarakat sekeliling akan memandang rendah terhadap individu tersebut
Hilang keberkatan hidup .
Hapusnya akhlak dan moral dalam setiap diri
individu .`
CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH
I. CARA PEMAKAIAN






II.CARA PERGAULAN








III.CARA PERCAKAPAN







HIKMAH
MENJAGA DIRI DAN MARUAH






AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH








Subscribe to:
Posts (Atom)